SHAH ALAM 26 Mac – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan
Ali hari ini melahirkan keraguan terhadap pelaksanaan program di bawah
Geran Selangorku berjumlah RM300juta yang diumumkan Menteri Besar Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim sebab dana itu dikatakan tidak direkodkan di
bawah akaun Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas kawasan Gombak Setia itu
berkata, program-program di bawah Geran Selangorku tidak akan dapat
dirancang dengan baik kerana dana itu didapati tidak ada di bawah akaun
MBI.
"Bagaimana nak rancang program untuk rakyat di bawah Geran Selangorku
dan Merakyatkan Ekonomi Selangor jika dana RM300 juta tidak diletak di
bawah akaun MBI,” katanya dalam soalan tambahan kepada Abdul Khalid pada
persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, hari ini.
Abdul Khalid ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012
berkata, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM300 juta
bagi pelaksanaan “Geran Selangorku” yang akan digunakan pada tahun 2012
untuk faedah rakyat Selangor.
Beliau berkata, geran itu akan diuruselia oleh MBI memandangkan
pengurusannya adalah bersepadu dengan pentadbiran kerajaan negeri. -
BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 26/1/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan