KUALA LUMPUR 26 Mac – Bekas Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu,
Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Ali berkata,
pengubahsuaian pejabatnya berharga RM300,000 telah mendapat kelulusan
Exco dan kerajaan negeri.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden PKR,
Mohamed Azmin Ali bahawa pengubahsuaian pejabat beliau melibatkan kos
yang tinggi.
Hasan berkata, tuduhan Azmin secara langsung mempersoalkan
kredibiliti anggota Exco dan kerajaan negeri dan meragui kepimpinan
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam sidang media di rumahnya di sini, Hasan mengesa Azmin agar
membandingkan kos kerja-kerja pengubahsuaian pejabat Exco yang lain,
termasuk Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan
Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar; dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi
dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali.
Sementara itu, Hasan turut mengesa Azmin menjawab lima persoalan,
termasuk dakwaan terhadap sumber kewangan Azmin dan isteri membeli saham
mencecah RM2 juta pada 1992-1994, sedangkan gaji beliau, pada masa itu,
hanya RM2,000.
Hasan juga mahu Azmin menjawab dakwaan bahawa Azmin tidak menziarahi
dan hampir terputus hubungan dengan ibu kandung sendiri yang berumur 78
tahun, serta menyahut cabaran agar ujian DNA dijalankan ke atas anak
beliau Farah Afifah di klinik kerajaan. – UTUSAN ONLINE.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan