KEBELAKANGAN ini kecoh diperkatakan mengenai
campur tangan dari pihak atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cuba
mencampuri urusan politik di negara ini.
Bukan sekadar menyatakan sokongan secara terbuka terhadap
parti-parti politik pembangkang malah mereka turut sama menyumbang
sejumlah besar dana dan bantuan kewangan atas kapasiti membantu
menyuburkan demokrasi.
Tapi apakah benar tujuan mereka itu ikhlas atau hanya sekadar satu lagi agenda atau propaganda mereka untuk cuba mencampuri urusan politik negara ini atas nama kebebasan dan demokrasi.
Untuk menjawab persoalan ini, wartawan Mingguan Malaysia, Hafizahril Hamid dan Kasthuri Jeevendran telah mewawancara Ahli Kongres Amerika Syarikat, Eni Faleomavaega di Putrajaya baru-baru ini.
Beliau secara jelas memuji proses demokrasi di negara ini berjalan lancar malah gembira melihat perkembangannya yang jelas tersusun serta hanya mengambil waktu yang singkat berbanding negaranya yang terpaksa berjuang selama 230 tahun.
“Saya tidak percaya kepada satu sistem demokrasi sahaja. Saya percaya setiap negara mempunyai jangka masa tertentu untuk berjaya dalam membina demokrasi yang stabil, bahkan negara saya sendiri belum mencapai tahap demokrasi yang cukup stabil, malahan kami bukanlah sebagus yang difikirkan,” ujar Faleomavaega.
Beliau juga turut kagum dan menyokong penuh usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan sebuah kerajaan berteraskan demokrasi yang berkonsepkan Islam.
Tapi apakah benar tujuan mereka itu ikhlas atau hanya sekadar satu lagi agenda atau propaganda mereka untuk cuba mencampuri urusan politik negara ini atas nama kebebasan dan demokrasi.
Untuk menjawab persoalan ini, wartawan Mingguan Malaysia, Hafizahril Hamid dan Kasthuri Jeevendran telah mewawancara Ahli Kongres Amerika Syarikat, Eni Faleomavaega di Putrajaya baru-baru ini.
Beliau secara jelas memuji proses demokrasi di negara ini berjalan lancar malah gembira melihat perkembangannya yang jelas tersusun serta hanya mengambil waktu yang singkat berbanding negaranya yang terpaksa berjuang selama 230 tahun.
“Saya tidak percaya kepada satu sistem demokrasi sahaja. Saya percaya setiap negara mempunyai jangka masa tertentu untuk berjaya dalam membina demokrasi yang stabil, bahkan negara saya sendiri belum mencapai tahap demokrasi yang cukup stabil, malahan kami bukanlah sebagus yang difikirkan,” ujar Faleomavaega.
Beliau juga turut kagum dan menyokong penuh usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan sebuah kerajaan berteraskan demokrasi yang berkonsepkan Islam.
MINGGUAN: Secara peribadi, apa pandangan anda tentang Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak?
FALEOMAVAEGA: Saya begitu teruja untuk memberi pendapat tentang
Perdana Menteri anda. Keterampilan beliau dalam membina hubungan baik
antara Malaysia dan AS sungguh terserlah terutamanya dalam soal
pertumbuhan ekonomi dan ketenteraan. Prinsip kerajaan Malaysia dan
prinsip kerajaan Demokrat kami tidak bercanggah dan kebanyakannya hampir
sama. Kami juga menyokong usaha Perdana Menteri anda untuk menubuhkan
sebuah kerajaan berteraskan demokrasi yang berkonsepkan Islam. Lihatlah
Indonesia, negara demokrasi Islam yang pernah melalui pemerintahan kuku
besi Presiden Suharto namun akhirnya beliau terpaksa meletak jawatan dan
pilihan raya yang berteraskan demokrasi diadakan. Kini rasanya keadaan
Indonesia jauh lebih baik berbanding era Presiden Suharto dahulu akibat
dari pembaharuan politik melalui demokrasi. Cuba anda lihat juga keadaan
di Mesir, hanya kerana beberapa 'tweet' oleh warga mudanya yang
kemudian mengakibatkan era pemerintahan Presiden Hosni Mubarak berakhir.
Daripada tidak ada demokrasi kini mereka berubah menerima pembaharuan.
Adakah sistem demokrasi di Malaysia sekarang sudah cukup baik atau
masih memerlukan beberapa perubahan?
FALEOMAVAEGA: Malaysia sedang bergerak ke arah demokrasi yang lebih
baik, saya sungguh mengagumi rakyat negara ini dengan kemajuan yang
telah dicapai sehingga ke tahap ini. Saya tidak percaya kepada satu
sistem demokrasi sahaja. Saya percaya setiap negara mempunyai jangka
masa tertentu untuk berjaya dalam membina demokrasi yang stabil, bahkan
negara saya sendiri belum mencapai tahap demokrasi yang cukup stabil
malahan kami bukanlah sebagus yang difikirkan. Kami terpaksa berjuang
selama 230 tahun untuk mencapai apa yang ada kini.
Demokrasi kami bermula selepas perang saudara antara Amerika Utara
dan Selatan berikutan keengganan pihak kulit putih yang tidak mahu
mengiktiraf kewarganegaraan warga kulit hitam sehingga mengorbankan
nyawa seramai 600,000. Malah demokrasi di AS tidak mencapai tahap yang
terbaik sehingga tahun 1964-1965. Masyarakat kulit hitam tidak dapat
menerima hakikat mereka terpaksa duduk di belakang bus, tidak boleh
menggunakan tandas atau restoran yang sama dengan kulit putih. Mereka
dilayan seperti kelas bawahan atau seperti hamba di negara mereka
sendiri. Tetapi kami sedar tentang kesilapan itu dan akhirnya melakukan
perubahan. Perubahan dan proses menyedari kesilapan adalah sesuatu yang
sangat diperlukan dalam memperjuang dan mengekalkan demokrasi.
Masalah yang seringkali timbul di negara ini ialah perbalahan ketara
pihak pembangkang. Ini menyukarkan usaha kerajaan untuk bekerjasama
dengan pembangkang dalam sebarang isu yang timbul?
FALEOMAVAEGA: Itu adalah sesuatu yang biasa. Kamu harus mempunyai
kumpulan pembangkang dalam proses membina sebuah negara yang maju dalam
semua segi. Sekiranya semua orang hanya mengiyakan kehendak kerajaan
maka negara akan semakin mundur ke belakang. Kita perlukan suara
pembangkang untuk memperbetulkan silap kita, untuk demokrasi yang lebih
kukuh dan hebat. Kami juga berhadapan masalah yang sama dalam usaha
meluluskan sebarang rang undang-undang. Ia bukanlah semudah yang
disangka kerana tidak semua akan dipersetujui.
Namun kita perlu sedar bahawa jika pihak pembangkang hanya tahu
mengkritik dan menghentam kerajaan yang dipilih ia sebenarnya tidak
membantu apa-apa. Di negara kami selalunya pembangkang akan membuat
bising menyalahkan kami, mencari kelemahan kami, menuduh kami
membelanjakan wang rakyat, tanpa menyedari hakikat bahawa kita terpaksa
menanggung banyak perkara yang penting untuk dilakukan. Namun kami masih
boleh bekerjasama dalam banyak isu apabila diperlukan. Walaupun kami
selalu bertelingkah serta berlainan ideologi dan prinsip namun kerjasama
adalah perlu kerana apa yang perlu diutamakan adalah rakyat dan negara
kami.
Apa pandangan anda apakah pemimpin yang mempunyai masalah dalam
isu-isu moral seperti terlibat dalam kegiatan homoseksual boleh menjadi
pemimpin sesebuah negara?
FALEOMAVAEGA: Saya berpendapat rakyat Malaysia bijak menilai siapakah
sebenarnya yang bersalah, mereka bijak memilih kerajaan yang mereka
mahukan, ini adalah lambang bagi sebuah negara yang demokrasi.
Terpulanglah kepada mereka untuk memilih ketua. Namun bagi saya jika
ditakdirkan ada seorang pengamal budaya songsang ini mahu bertanding
jawatan Presiden, saya sukar menerima perkara itu. Pada pendapat saya,
semua orang tahu malah kebanyakan kami yakin bahawa bekas Presiden Bill
Clinton bersalah dalam skandal seks beliau dengan Monica Lewinsky. Namun
beliau berjaya melepaskan diri malah isterinya pula menceburi politik
dan kini dipilih menjadi antara pemimpin tertinggi di AS. Mungkin agak
pelik tetapi itulah hakikatnya. Tetapi terus terang saya katakan, tidak
mungkin pada era saya, kami bersedia menerima seorang presiden dengan
kredibiliti seperti ini.
Terdapat NGO berpengkalan di AS yang terang-terangan menyokong serta
menyalur dana kepada parti-parti pembangkang Apa komen anda terhadap
perkara ini?
FALEOMAVAEGA: Saya meminta dua NGO ini iaitu Konrad Adenaeur
Foundation (KAF) dan National Democratic Institute for International
Affair (NDI) tidak memperguna dan merosakkan nama negara mereka sendiri
dengan usaha-usaha cuba campur tangan dalam hal ehwal negara lain.
Isu-isu berhubung politik haruslah di selesaikan oleh negara dan
rakyatnya sendiri, bukan dengan campur tangan negara luar. Saya sangat
berharap mereka tidak akan campur tangan dan memburukkan hubungan baik
dua negara ini.
Saya melihat adalah tidak adil untuk mana-mana ahli politik dan NGO
dari AS memberi sokongan secara terbuka kepada mana-mana pihak di negara
ini. Kenapa perlu ada pihak luar cuba mencampuri urusan orang lain.
Jika ada pihak luar cuba mencampuri urusan negara kami sudah tentu kami
juga akan marah. Oleh itu rakyat negara ini mempunyai kuasa demokrasi
untuk memilih kerajaan mereka, malah pada pandangan saya, keadaan di
Malaysia nampaknya sungguh stabil. Amalan demokrasi di negara ini
sungguh mengkagumkan saya, saya pasti rakyat negara ini bijak memilih
pemimpin dan kerajaan mereka.
Anda merupakan Ahli Jawatankuasa Kecil Asia Pacific di Kongres,
apakah yang anda dapat simpulkan tentang masa depan ASEAN?
FALEOMAVAEGA: Saya sungguh pasti ASEAN akan menjadi kuasa yang
dominan dari segi pemerintahan dan ekonomi berbanding Eropah dan
sebagainya. Apatah lagi kini negara-negara di Asia mempunyai kuasa
ekonomi yang kuat seperti China, India dan Jepun. Anda berbicara tentang
negara-negara yang sedang meningkat maju dari semua segi termasuk
pertumbuhan ekonomi yang kukuh termasuklah dari segi teknologi dan
pertumbuhan industri. Di manakah kedudukan China pada masa depan? Saya
pasti negara itu akan hebat kedudukannya. Di mana Malaysia dalam tempoh
15 tahun akan datang? Saya pasti Malaysia bersama-sama ASEAN akan turut
sama menikmati pertumbuhan dan pembangunan yang hebat. Saya melihat
keadaan di AS akan agak kritikal ketika itu kerana peranan-peranan yang
dimainkan oleh negara-negara di Asia termasuklah ASEAN. Malah saya
meramalkan Afrika Selatan akan lebih kaya dan maju apatah lagi dengan
sumber asli yang dimiliki mereka. Keadaan negara-negara ini tidak begitu
stabil ketika ini kerana situasi politik yang tidak begitu baik namun
ini tidak bermaksud satu hari nanti mereka tidak boleh menjadi lebih
baik. Saya pasti kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah
positif dalam usaha menuju kearah negara yang lebih maju di masa
hadapan. Ketika ini negara Asia seperti Jepun dan China sedang
menghadapi pelbagai isu tetapi semuanya pasti akan kembali pulih.
/HWA: utusan.com.my | 8/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan