9 April 2012

Azmin ‘buta tuli’

Awang kasihan nasib ahli-ahli PKR kebelakangan ini, yang terpaksa menanggung aib akibat skandal demi skandal para pemimpinnya.
Rabu lalu, sebahagian pemimpin PKR cabang Ampang secara terbuka mendesak Timbalan Presiden, Azmin Ali menjawab segala tuduhan melibatkan beliau.
Menurut Ketua Penerangan PKR cabang Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi, desakan itu dibuat atas nama integriti dan bagi mengelak pakatan pembangkang kalah teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
Memang ramai yang bercakap tentang Azmin dan keluarganya. Daripada isu sumber kewangan bagi pemilikan saham pada 1992 hinggalah kepada nasab ahli keluarga, yang dikaitkan dengan satu skandal seks.
Dakwaan itu amat serius. Manusia yang normal pasti tidak teragak-agak tampil menjawab bagi mempertahankan maruah keluarga.
S. Nallakaruppan bekas sahabat baik Anwar Ibrahim baru-baru ini mendakwa Ketua Pembangkang itu pernah mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar Tahir, iaitu isteri Azmin. Anehnya, Azmin memilih untuk tidak menjawab semua tuduhan itu dengan alasan kononnya beliau pernah menjelaskannya sebelum ini.
Awang menerima beberapa maklum balas yang terkejut dengan reaksi Azmin termasuk daripada kalangan orang dalam PKR sendiri. Setahu mereka, tidak pernah Azmin tampil membuat penjelasan menyeluruh tentang isu-isu tersebut.
Maka tercetuslah pertanyaan besar apakah ada sesuatu mahu disembunyikan atau memang dakwaan itu mempunyai asas kebenaran sehingga sukar untuk dinafikan. Apakah Azmin juga mahu melindungi Anwar atas sebab-sebab tidak diketahui, yang Awang harap jawapannya tidak. Seperti suami-suami yang lain, beliau tentu sedar betapa menjaga maruah isteri adalah lebih utama daripada menjaga hati orang lain termasuk bos sendiri. Tiada siapa yang mahu menjadi suami yang dayus, begitu juga Azmin.
Sudahlah tidak mahu menjawab, beliau memperlekehkan pula suara ahli di peringkat akar umbi yang mahukan penjelasannya, sebagai golongan ‘buta dan tuli’. Sepatutnya kenyataan itu ditujukan kepada diri sendiri berdasarkan cakap-cakap dan dakwaan apa yang telah berlaku. Azmin lebih tahu maksudnya.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT.
/HWA: utusan.com.my | 8/4/12

Tiada ulasan: