KUALA TERENGGANU 12 April – Program “Pas: Parti Ajaran Sesat
(P:PAS)” yang bermula di Terengganu semalam akan diteruskan ke seluruh
negara, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Katanya, program P:PAS secara besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
"Program P:PAS tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan
bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di
PWTC lepas ni,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Media Sosial
1Malaysia di sini hari ini.
Semalam, program P:PAS anjuran UMNO Terengganu diadakan di Dewan
Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini yang dihadiri kira-kira 2,000
orang.
Program itu berobjektif memberi penjelasan mengenai perjuangan Pas yang dianggap boleh menjejaskan akidah umat Islam. - BERNAMA.
/HWA: utusan.com.my | 12/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan