KUALA LUMPUR 2 April - Bekas Pengasas Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mendedahkan bahawa Presiden PKR,
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalannya, Shamsidar
Taharin tidak berkomunikasi antara satu sama lain.
Lum Yong membuat kesimpulan itu berdasarkan pemerhatiannya selama 12
tahun dalam PKR sebelum meninggalkan parti itu untuk menyertai MCA pada
Januari 2011.
Menurut beliau, riak wajah Shamsidar pernah dilihat berubah apabila
bertembung dengan Wan Azizah yang juga isteri Penasihat PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim dalam majlis-majlis anjuran parti berkenaan.
"Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena antara Wan Azizah dan
Shamsidar pada ketika itu. Bagaimanapun, saya kurang pasti status
hubungan mereka selepas keluar PKR," jelasnya kepada Utusan Malaysia
ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas sikap berdiam diri Wan Azizah dan Shamsidar terhadap
dakwaan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan berhubung
skandal moral Anwar.
Menurut Lum Yong, situasi kurang menyenangkan itu mungkin menjadi
punca kedua-dua wanita terbabit masih belum membuat kenyataan bersama
bagi menjawab dakwaan Nallakaruppan.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim memberitahu,
Wan Azizah lazimnya tidak menunggu lama untuk 'melompat' dan mencabar
pihak-pihak lain bagi membela diri atas dakwaan yang dilemparkan kepada
mereka.
Namun, kata beliau, kali ini Wan Azizah dan Shamsidar yang juga
isteri Azmin Ali memilih untuk berdiam diri terhadap dakwaan
Nallakaruppan itu.
"Mereka sepatutnya tidak perlu takut tampil ke depan untuk memberi
kenyataan lebih-lebih lagi yang dipertikaikan kredibiliti itu adalah
Shamsidar sendiri dan suami Wan Azizah," ujarnya.
/HWA: utusan.com.my | 3/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan