23 Mei 2012

Anwar alat negara asing

KUALA LUMPUR 22 Mei - Rakyat sepatutnya membuka mata mengenai hubungan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tokoh Yahudi, Paul Wolfowitz yang merupakan arkitek kepada kehancuran Iraq di tangan Amerika Syarikat (AS) dan keadaan huru-hara di Indonesia pada era reformasi.
Penasihat Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, Wolfowitz yang merupakan bekas Duta Amerika di Jakarta telah memperkotak-katikkan Indonesia dan seterusnya merosakkan Iraq.
''Sebaik sahaja Paul Wolfowitz keluar dari Indonesia, negara itu menjadi hancur dengan demonstrasi bermula dan kerajaan yang kuat telah menjadi lemah.
''Malaysia juga diserang sama pada 1997 melalui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dibawa Anwar, saya tahu semua ini sebab saya dahulu setiausaha politik dia.
"Tetapi usaha mereka itu gagal kerana kita ada pemimpin besar bernama Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebab itu dendam mereka kepada Malaysia tidak selesai, sebab itu Paul Wolfowitz tetap dipertahankan oleh Anwar,'' katanya ketika berucap pada pentas Sumpah Keramat TIBAI peringkat Lembah Pantai di sini malam tadi.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md. Arip serta ahli-ahli Majlis Syura kelab tersebut.
Menurut Ezam, selepas Indonesia, Wolfowitz yang kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan AS telah menjadi arkitek kepada perang negara tersebut terhadap Iraq.
''Puak-puak Yahudi mahu merosakkan kita dengan menggunakan segala kekuatan yang ada, kita adalah satu-satunya negara yang mampu berdiri tegak mempertahankan maruah untuk tidak dipergunakan mana-mana negara,'' katanya.
Katanya, hubungan Wolfowitz dan Anwar begitu rapat dengan pemimpin AS itu adalah orang pertama yang menemuinya di Munich, Jerman sebaik sahaja beliau bebas dari penjara di Malaysia.
"Anwar juga yang membuat kenyataan secara terbuka mempertahankan Israel, satu kenyataan yang tidak ada mana-mana pemimpin Islam sanggup keluarkan," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 23/5/12

Tiada ulasan: