LARUT 18 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi 'melarikan diri'
daripada Ummi Hafilda Ali apabila kedua-duanya 'bertembung' malam ini.
Anwar yang berceramah di Kampung Perak terletak kira-kira 100 meter
daripada tempat Ummi Hafilda mengadakan ceramahnya di Kampung Paya,
meninggalkan majlis tersebut pukul 10.50 malam walaupun ia dijadual
berakhir pada pukul 12 tengah malam.
Difahamkan ini merupakan kali keenam Anwar 'melarikan diri' selepas
beberapa pertembungan yang berlaku antaranya di Rumpun Makmur, Pahang;
Bukit Besi, Terengganu, Batu Gajah dan Parit Buntar, Perak.
Majlis ceramah Anwar juga kurang mendapat sambutan apabila hanya
beberapa penyokong pembangkang menghadirinya manakala lebih 2,000 orang
memenuhi ceramah Ummi Hafilda.
Ummi Hafilda dalam ceramahnya sesekali sebak dan menangis apabila
mendapat maklumat bahawa Anwar ketika berceramah di kampung bersebelahan
mendakwa media cetak UMNO dibayar untuk memperalatkan ibunya, Che Tom
Yahaya bagi memalukan abangnya, Azmin.
"Ibu saya bukan dibayar tetapi dia bercakap daripada hatinya. Apa
salah ibu saya kerana dia hanya bercakap sebagai seorang ibu yang
meminta anak dia balik ke pangkuan.
"Azmin anak derhaka, dia meletakkan ibu saya di tahap paling rendah
apabila mengatakan ibu dibayar oleh UMNO. Ibu saya dah 78 tahun dia
hanya perlukan perhatian," katanya sedih.
/HWA: utusan.com.my | 19/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan