KUALA LUMPUR 18 Mei - Walaupun menyambut baik
ajakan Pas untuk mengadakan muzakarah, UMNO perlu berhati-hati kerana ia
dilihat sebagai usaha untuk memperlahankan serangan UMNO yang mulai
merobohkan kubu-kubu Pas.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, pemimpin
UMNO tidak perlu ghairah untuk menerima ajakan itu memandangkan Pas
sendiri tidak bersatu dalam idea yang dilontarkan oleh Mursyidul Am
parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
"Kita harus melihat ia (ajakan Pas untuk bermuzakarah) sebagai usaha
untuk menakutkan orang Cina terhadap UMNO," katanya dalam satu kenyataan
di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz bahawa parti itu sentiasa bersikap
terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk UMNO dan
bersetuju untuk muzakarah itu diadakan dalam masa terdekat.
Usaha itu kemudian disambut baik oleh Timbalan Perdana Menteri yang
juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedia
menerima pelawaan itu.
Walaupun agak terkejut dengan pelawaan Pas itu, Muhyiddin berkata,
perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun
ditolak keras terutama oleh Nik Aziz sendiri.
Begitu pun, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini pula
menyatakan bahawa soal Pas hendak bermuzakarah dengan UMNO atas dasar
untuk penyatuan politik tidak timbul dan ia sudah lama mati.
/HWA: utusan.com.my | 19/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan