7 Mei 2012

DAP 'untung besar' dengan bantuan Anwar

KUALA LUMPUR 4 Mei - DAP dilihat meraih 'untung besar' dengan bantuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan sanggup menjadi kuda tunggangan mereka jika tindakan itu dapat menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Puad Zarkashi berkata, melalui pakatan pembangkang, DAP mahukan sokongan orang Melayu di samping menunjukkan bahawa mereka bukannya parti cauvinis dan diktator.
"Namun apa yang kita dapat lihat, DAP hanya memperjuangkan bagi satu kaum sahaja. Lihat sendiri dalam Parlimen, adakah mereka memperjuangkan kepentingan kaum lain seperti kekurangan guru di sekolah agama rakyat...tapi yang kita lihat hanya mengenai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
"Persoalan lain tidak dirisaukan kerana mereka ada Anwar. Selain itu, pakatan pembangkang juga dilihat memberi manfaat banyak kepada DAP berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang ditunjukkan dalam kemenangan kerusi pada pilihan raya umum sebelum ini," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Anwar yang rela menjadi kuda tunggangan DAP jika dapat menawan Putrajaya ketika ceramah perdana sempena Konvensyen Pakatan Pembangkang Perak di Ipoh baru-baru ini.
Penasihat PKR itu menyatakan lebih mempercayai pemimpin DAP dan mendengar nasihat mereka berbanding mana-mana pemimpin dalam UMNO.
/HWA: utusan.com.my | 5/5/12

Tiada ulasan: