KOTA BHARU 7 Mei - Pas terus mencetuskan
kontroversi yang boleh mengelirukan rakyat apabila mempertikaikan
keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang
mengharamkan rusuhan jalanan.
Tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting Tumpat, Abdullah Sa'amah
menyifatkan, pemimpin Pas semakin hilang punca akibat kerakusan
mengejar kuasa politik sehingga sanggup mempertikaikan keputusan
tersebut.
"Inilah gambaran sikap mereka berfahaman Khawarij yang sanggup menghalalkan apa cara asalkan haknya tercapai.
''Ini bercanggah dengan tuntutan al-Quran, hadis dan ijmak ulama," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Abdullah mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
yang mempertikaikan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan apabila mengharamkan rusuhan jalanan atau demonstrasi yang
mempunyai niat tidak baik, melanggar undang-undang serta boleh
mencetuskan huru-hara di negara ini.
Dalam reaksinya semalam, Mustafa berkata, jawatankuasa tersebut perlu
memahami terlebih dahulu tujuan sebenar perhimpunan Bersih yang
diadakan baru-baru ini sambil menegaskan keputusan itu adalah tidak
betul.
Mengulas lanjut, Abdullah menegaskan, fatwa mengharamkan demonstrasi
yang mencetuskan huru-hara adalah tepat dan ia berdasarkan fakta syarak
yang menjadi ikutan Ahli Sunah Waljamaah.
"Negara kita terdiri dari rakyat berbilang kaum dengan agama Islam
sebagai agama rasmi. Jika ada pihak cuba ingin mencetus api kemarahan
sehingga menyebabkan huru-hara, berlaku perbalahan sesama sendiri ini
adalah haram.
"Manusia dilahirkan untuk menjadi khalifah di muka bumi. Mereka
bertanggungjawab menjaga kemakmuran negara termasuk kedaulatan Islam dan
undang-undang negara," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Politik ke pada Perdana Menteri, Da tuk
Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik
Mat perlu memohon maaf kepada umat Islam berikutan kenyataannya yang
mewajibkan orang ramai menyertai perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28
April lalu.
"Kenyataan Menteri Besar Kelantan itu ternyata bercanggah dengan
keputusan Jawatan kuasa Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan demonstrasi
bertujuan tidak baik dan melanggar undang-undang. Terpulanglah kepada
Nik Aziz untuk menarik balik fatwanya itu iaitu wajib sertai Bersih atau
memohon maaf. Saya rasa dia tahu apa tanggungjawab dia," katanya.
/HWA: utusan.com.my | 8/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan