KOTA BHARU 7 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
menyifatkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia hanya menggunakan sebelah mata apabila
mengaitkan perhimpunan Bersih 3.0 dengan huru-hara dan umat Islam haram
menyertainya.
Nik Abdul Aziz secara sinis berkata, mata yang digunakan oleh
jawatankuasa fatwa itu pula adalah kabur dengan cermin mata yang telah
rosak.
Katanya, beliau bersetuju perhimpunan yang bertujuan untuk
mencetuskan huru-hara dan merosakkan harta benda adalah haram, tetapi
bukan Bersih 3.0.
Beliau turut menyifatkan jawatankuasa berkenaan membuat keputusan
hanya berdasarkan laporan akhbar prokerajaan, tanpa mendapat penjelasan
daripada penganjur Bersih 3.0.
“Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dengan
setinggi-tinggi penghormatan, namun dalam hal ini saya amat berbeza
dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan ini (Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin).
“Tidakkah disedari bahawa himpunan Bersih 3.0 bukannya bertujuan
untuk mencetuskan huru-hara? Himpunan ini menggariskan lapan tuntutan
untuk membersihkan pilihan raya bukannya mencetuskan huru-hara,"katanya
dalam kenyataan melalui Facebook beliau hari ini.
/HWA: utusan.com.my | 8/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan