KUANTAN 6 Mei - Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, semangat
bekerja secara berpasukan dan bekerjasama akan memastikan kemenangan
besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 kelak.
Perdana Menteri berkata, bergerak secara bersendirian tidak akan
membantu seseorang ahli parti memenangi pilihan raya berkenaan secara
keseluruhannya.
"Seperti sukan, kita perlu mesti (kerja) berpasukan bagi memastikan
kemenangan untuk diri dan pasukan. Dalam politik kita tidak boleh menang
sekiranya kita bersendirian, mesti bekerja sebagai satu pasukan,"
katanya ketika berucap pada majlis penutup Program Tahunan Isteri
Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Malaysia (PTIWRBNM) 2012 di sini,
malam tadi.
Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor selaku Yang
Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan
Timbalan Menteri (Bakti), Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahmad serta beberapa Menteri
Kabinet yang hadir memberi sokongan kepada isteri masing-masing dalam
program yang berlangsung lima hari melibatkan acara badminton dan
boling.
Najib berkata, semangat bekerja secara berpasukan dan kerjasama
sesama ahli parti itu menunjukkan ahli-ahlinya merupakan satu keluarga
yang rapat. - BERNAMA.
/HWA: utusan.com.my | 8/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan