KOTA BHARU 1 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat diminta mendedahkan jumlah sumbangan yang diberikan
kepada peserta perhimpunan Bersih 3.0.
Timbalan Pengerusi Badan Perhuhungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang
Adek Hussin turut mempersoalkan kenapa Nik Abdul Aziz tidak hadir pada
perhimpunan tersebut selepas mengeluarkan kenyataan ia wajib dihadiri
oleh rakyat negara ini.
Beliau berkata, kegagalan Menteri Besar Kelantan itu hadir pada
perhimpunan tersebut menunjukkan bahawa perbezaan 'darjat' di antara
rakyat dan pemimpin Pas.
"Kita hendak tahu berapa banyak dia menyumbang, lagi banyak sumbangan
yang diberi lagi banyak pujian. Menteri Besar mesti beri sumbangan yang
banyak.
"Seperti sembahyang, ia wajib maka kita orang pertama yang harus
lakukan, jadi kalau fatwa wajib ke Bersih 3.0 maka dia (Nik Aziz)
seharusnya menjadi orang pertama pijak kawat berduri, ini yang kita
tidak faham.
"UMNO selalunya kepimpinan melalui tauladan tetapi bagi Pas ada
standard berbeza, wajib bagi rakyat, tidak wajib bagi pemimpin," katanya
kepada pemberita selepas melancarkan Larian Bendera sempena sambutan
Hari UMNO Ke-66 di Sekolah Kebangsaan Semut Api di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Nik
Abdul Aziz mengucapkan tahniah kepada peserta perhimpunan Bersih 3.0
dan mengaku memberi duit poket kepada ahli-ahli Pas yang menyertai
perhimpunan itu semalam.
Nik Abdul Aziz memberikan duit poket itu atas kapasiti peribadi
kepada ahli Pas di kawasannya yang meminta bantuan kewangan untuk
menyertai demonstrasi tersebut.
/HWA: utusan.com.my | 2/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan