KUALA LUMPUR 1 Mei - Jabatan Hal Ehwal Khas
(Jasa) mengesahkan rempuhan peserta perhimpunan haram Bersih 3.0 ke
dalam kawasan Dataran Merdeka Sabtu lalu adalah tindak balas secara
langsung daripada arahan berisyarat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Pengarahnya, Datuk Fuad Hassan berkata, jelas dan nyata, kekecohan
peserta bermula sejurus Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Azmin Ali datang ke arah peserta sebagai isyarat rempuh selepas dua kali
berturut-turut meminta pengesahan daripada Anwar untuk memulakan
rempuhan.
''Dalam video yang dirakam itu memang jelas terdengar suara para
peserta Bersih di sekeliling Anwar dan Azmin menyebut 'masuk, Dataran
Merdeka boleh masuk, masuk... iaitu selepas sahaja Azmin turun dari
kereta yang dipanjat sebagai isyarat rempuh.
''Sememangnya jelas isyarat Anwar dan Azmin itu untuk memulakan
kekecohan merempuh Dataran Merdeka dan bukannya seperti yang didakwa
oleh kedua-dua pemimpin PKR itu semalam,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Fuad semalam mendedahkan bukti rempuhan peserta Bersih 3.0 ke dalam
Dataran Merdeka merupakan arahan Ketua Pembangkang menerusi rakaman
video yang dibuat oleh pegawainya serta beberapa media tempatan dan
media asing.
/HWA: utusan.com.my | 2/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan