BUKIT MERTAJAM 24 Jun - UMNO Pulau Pinang meminta Majlis Agama Islam
Pulau Pinang (MAIPP) supaya menyiasat dakwaan seorang khatib
menggunakan masjid di sini bagi menghasut rakyat untuk menjatuhkan
kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa
Sheikh Fadzir berkata, tindakan itu perlu diambil mengikut Akta Hasutan
kerana menggunakan masjid untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.
"Ini satu perbuatan tidak wajar dilakukan dengan mencampuradukkan
politik dan masjid sebagai tempat umat Islam menunaikan kewajipan
kepada agama.
"Kalau dah nak berpolitik jangan menggunakan masjid kerana tindakan
ini boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat," katanya di sini hari ini.
Musa berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Juara
Rakyat Himpunan Anak Muda di padang awam Charuk Tok Kun di sini.
Beliau diminta mengulas laporan Buletin Utama TV3 malam tadi
mengenai dakwaan seorang khatib membacakan doa `Kalahkan pemimpin
kerajaan serupa gulingkan kerajaan sekarang dalam Pilihan Raya Umum
Ke-13' dalam khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bukit Mertajam,
kelmarin. - UTUSAN
/hwa: utusan.com.my | 24/6/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan