KUALA LUMPUR 12 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat
awal akan menghadapi ancaman daripada peserta perhimpunan Bersih 3.0
pada 28 April lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata,
maklumat itu diperolehi pada satu majlis dua hari sebelum perhimpunan
berkenaan diadaan.
Sehubungan itu, tambahnya, pasukan keselamatan telah membuat
persiapan rapi dari segala segi bagi memastikan keselamatan dan
ketenteraman awam pada perhimpunan itu terjamin.
"Kita telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan dan membuat
persiapan sewajarnya termasuk kekuatan anggota yang mencukupi dan
logistik," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad
(BN-Parit Sulong) mengenai persiapan dan sejauhmana kementerian
bersedia menangani kemungkinan yang berlaku ketika perhimpunan haram
itu di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN.
/hwa: utusan.com.my | 12/6/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan