PUTRAJAYA 25 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi
meminta rakyat mengambil iktibar daripada pelbagai kenyataan termasuk
parti pembangkang sendiri yang mendakwa DAP sebagai angkuh dan sombong.
"Ini merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh orang ramai,"
katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka beliau dan isteri,
Tun Jeanne Abdullah di Bangunan Puspanitapuri di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan beberapa bekas pemimpin DAP yang mendakwa parti itu dipimpin oleh golongan yang sombong.
Kenyataan itu adalah rentetan daripada penafian Pengerusi Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman yang menggunakan
perkataan 'sombong' dan 'angkuh' terhadap Ketua Menteri yang juga
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu mesyuarat PKR.
Sementara itu, majlis rumah terbuka Abdullah di sini meriah dengan
ribuan pengunjung terdiri daripada tokoh korporat, wakil pertubuhan
agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin parti politik yang
mengucapkan selamat hari raya kepada Abdullah dan keluarga.
Majlis dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
/hwa: utusan.com.my | 25/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan