KUALA LUMPUR 25 Ogos - Ketidakupayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk
menamatkan pertelingkahan DAP dan Pas dalam isu hudud memberi gambaran
jelas Ketua Pembangkang itu tidak dihormati di dalam pakatan
pembangkang.
Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, sekiranya Anwar memang pemimpin yang hebat, sudah pasti isu itu dapat ditamatkan segera.
"Anwar sebenarnya tidak ubah seperti 'parasit' di dalam pakatan
pembangkang yang hanya menjadi penumpang agar cita-citanya untuk
bergelar Perdana Menteri tercapai.
"Justeru, saya yakin Anwar sendiri terpaksa tunduk dengan DAP dalam
isu pelaksanaan hudud kerana bimbang hilang sokongan pengundi Cina
sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 dan seterusnya akan menamatkan mimpinya
bergelar Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pandangan beberapa penganalisis politik mengenai
kegagalan Anwar meyakinkan DAP untuk menyokong hudud menyebabkan Pas
terkontang-kanting dan bersendirian dalam perjuangannya itu.
Muhammad Zahid yang juga Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar
Ibrahim (TIBAI) mendakwa, Pas sendiri sudah tidak berminat untuk
melaksanakan hudud tetapi terpaksa 'berlakon' bagi menunjukkan kononnya
mereka masih kekal dengan perjuangan asal.
"Lihat di Kelantan, Pas sudah memerintah lebih 20 tahun kenapa masih belum laksanakan hudud?
"Jika benar mahu melaksanakannya, sudah tentu DAP akan keluar
daripada pakatan pembangkang kerana parti itu secara terbuka menolak
pelaksanaan hudud," ujarnya.
Sementara itu, bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nordin Ahmad pula dengan sinis menyifatkan Anwar dan isu hudud bagaikan 'bumi dan langit'.
"Anwar sendiri seorang yang mempunyai rekod akhlak yang buruk mana mungkin dia mahu hukum hudud dilaksanakan di negara ini.
"Semua ini permainan politik kotor pembangkang sehingga pelaksanaan
hudud menjadi bahan jenaka DAP yang secara terbuka menolak hukum Allah
itu," katanya.
Tambah beliau, umat Islam sepatutnya melihat kemelut tersebut sebagai
bukti jelas Pas dan Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana sanggup
mempermainkan agama Allah semata-mata untuk mengejar kuasa dan jawatan.
/hwa: utusan.com.my | 25/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan