
GWEE Tiong Hiang yang cedera
ditumbuk dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor, untuk
pemeriksaan lanjut, semalam.
*****
MUAR 4 Sept. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tiong
Hiang, dikejarkan ke hospital kerana cedera di kepala selepas ditumbuk
seorang lelaki dipercayai ahli DAP pada majlis makan malam parti
tersebut di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 8 malam itu, wakil rakyat DAP tersebut tiba di
sebuah restoran untuk jamuan makan malam anjuran DAP Bahagian Bakri
tetapi dihalang dua wanita yang mendakwa beliau tidak mempunyai tiket.
Bagaimanapun belum sempat Tiong Hiang menunjukkan tiketnya, secara tiba-tiba seorang lelaki muncul dan menumbuk muka beliau.
Tiong Hiang berkata, dia tidak dapat mengecam individu terlibat kerana insiden itu berlaku secara tiba-tiba.
"Saya rasa lelaki yang menumbuk saya itu juga anggota parti. Makan
malam tersebut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tetapi
kejadian berlaku sebelum beliau sampai.
"Walaupun rasa sakit dan pening saya tetap menyertai jamuan itu dan
menunggu sehingga Guan Eng habis berucap. Selepas itu saya pulang ke
rumah dalam keadaan muntah-muntah," katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, selepas sampai ke rumah keadaannya semakin teruk dan
isterinya, Gan Sey Hui, menghantarnya ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah
untuk rawatan kecemasan dan diberitahu perlu menjalani proses imbasan
di bahagian kepala.
Sementara itu, Pengarah hospital berkenaan, Dr. Selahuddeen Abdul
Aziz berkata, wakil rakyat pembangkang tersebut berada dalam keadaan
stabil.
/hwa: utusan.com.my | 5/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan