KUALA LUMPUR 4 Sept. - Pendirian Pas berhubung kedudukan bekas
Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa di dalam parti itu akan
dipengaruhi oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikuasai
golongan Anwarinas.
Malah, Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim (gambar)
percaya Ahli Parlimen Bachok itu bakal menerima nasib serupa seperti
bekas Naib Presidennya, Datuk Dr. Hasan Ali yang kini berjaya
disingkirkan daripada terus membuat 'kacau' di dalam parti.
"Saya ingin tanya adakah Nasharudin tidak mempunyai pengaruh langsung
dalam Pas? Adakah beliau mencalar Perlembagaan Pas atau melakukan
kesalahan moral?
"Oleh itu, kita minta Pas berdiri di atas kaki sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak terutama PKR," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kedudukan Nasharudin yang kini dilihat bagaikan di
penghujung ekoran penegasan beliau supaya Pas mempertimbangkan semula
hubungan dengan pakatan pembangkang berikutan penolakan secara konsisten
DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita untuk menubuhkan
negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.
Zamil berkata, usaha penyingkiran Nasharudin dipercayai ekoran
beberapa kenyataannya yang tidak 'digemari' oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim terutama membabitkan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender
(LGBT).
Katanya, ia menjadi faktor paling kukuh kepada Anwar untuk mencampuri
urusan dalaman Pas sehingga mendesak Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat menyingkirkan Nasharudin.
"Kita tahu Anwar sangat benci Nasharudin kerana beliau antara
pemimpin Pas yang terang-terangan menentang kegiatan seks bebas dan LGBT
yang sering dikaitkan dengan PKR .
"Tindakan Anwar dan golongan Anwarinas untuk menyingkirkan Nasharudin
adalah tidak demokratik dan tidak bermoral,'' tegas beliau.
/hwa: utusan.com.my | 5/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan