KUALA KRAI 3 Sept. - Pas tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya
kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu membubarkan Dewan Rakyat pada
November ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkat, ini kerana
parti itu telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum
yang dikatakan paling sengit dalam sejarah.
Beliau bagaimanapun menegaskan, pilihan raya tersebut perlu
dilakukan dengan adil supaya rakyat dapat memilih pemimpin yang mereka
mahukan.
"Saya selalu sebut pilihan raya nak buat bila pun tidak apa tetapi
kita mesti pastikan undi adalah untuk pakatan pembangkang. Kita
bersedia pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas Majlis
Perasmian Penutup Festival Makanan dan Buah-Buahan Negeri Kelantan di
Dataran Cintawangsa di sini hari ini. - UTUSAN.
/hwa: utusan.com.my | 3/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan