
AHMAD Zahid Hamidi berucap pada
perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Telok Kemang, Negeri
Sembilan, semalam. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan
Sri Mohd. Isa Abdul Samad (depan, kanan). - MD.SHAHJEHAN MAAMIN
*****
*****
TELOK KEMANG 2 Sept. - Setiap ahli UMNO perlu
menjadikan sindrom 'selesa' dan 'terpukul' sebagai iktibar ke arah
mengukuhkan serta memastikan parti terus relevan di hati rakyat.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dua
sindrom tersebut wajar menjadi pedoman dan pengajaran sebagai persediaan
memperkasakan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13
akan datang akan datang.
''Dua sindrom itu berlaku pada pilihan raya umum 2004 dan 2008. Ia
bermula dengan sindrom selesa iaitu apabila sampai satu tahap, kita
menjadi terlalu yakin dan merasa diri kita kuat. Ketika itu kita mula
rasa kita pemimpin terbaik dan sempurna.
''Pada masa itu, nasihat sudah tidak didengar, pandangan ditolak dan
mula timbul hasad dengki, tamak , 'cah keting' dan cantas mencantas
antara satu sama lain. Dalam sindrom itu juga, kita mula menghindarkan
keperluan anak buah dan rakyat serta kita mula berpeluk tubuh," katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian
Telok Kemang 2012, dekat sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.
Jelas Ahmad Zahid, sindrom selesa yang menghantui parti kemudian
telah mengakibatkan parti dilanda sindrom terpukul pada Pilihan Raya
Umum Ke-12 2008.
''Orang ramai mengatakan negara dilanda tsunami politik, tetapi bagi
saya ia sebenarnya adalah sindrom terpukul yang berpunca daripada
sindrom selesa.
''Sindrom terpukul itu telah mengakibatkan kita hilang negeri seperti
Kedah, Perak, Selangor, dan Pulau Pinang kepada pembangkang dan negeri
ini juga nyaris-nyaris kalah,'' ujarnya.
Beliau menambah, sindrom terpukul juga telah melemahkan semangat ahli
parti, kurang berkeyakinan selain ada yang malu untuk mengaku sebagi
ahli parti.
''Sebab itu, saya ingin menasihatkan setiap ahli di setiap peringkat
termasuk parti komponen menjadikan sindrom tersebut sebagai pengajaran
agar mereka mengenepikan sindrom selesa dan terpukul dalam usaha kita
membirukan semua kerusi yang kita tewas sebelum ini," ujarnya.
Ahmad Zahid berkata, inisiatif itu selari dengan perjuangan dan
transformasi yang dilaungkan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak.
/hwa: utusan.com.my | 3/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan