KUALA LUMPUR 2 Sept. - Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda
Keadilan (AMK), Mohd. Najwan Halimi mendakwa dirinya adalah pereka
bendera yang didakwa oleh penyokong Himpunan Janji Bersih akan
menggantikan Jalur Gemilang.
Bendera merah putih seakan bendera Singapura itu dibawa penyokong
himpunan tersebut di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu dan dinamakan sebagai
Sang Saka Malaya.
Berdasarkan laman Twitter @NajwanHalimi, pemimpin muda daripada Parti
Keadilan Rakyat (PKR) itu dilaporkan berkata, Sang Saka Malaya
akhirnya dikibarkan oleh anak-anak muda!'
Mohd. Najwan juga telah membuat penjelasan terperinci di laman
blognya di http://www.najwanhalimi.com/2009/08/sang-saka-malaya.html
dengan memberitahu bendera tersebut direkanya sempena memperingati
sambutan kemerdekaan pada tahun 2007.
Jelasnya, corak tersebut diadaptasi daripada bendera Sang Saka yang
diguna pakai oleh negara Indonesia dan Singapura yang juga merupakan
panji warisan kerajaan Nusantara.
Bendera Malaysia yang digunakan pada hari ini jika diteliti
sebenarnya diadaptasi daripada bendera Amerika Syarikat yang bernama
Stars and Stripes, dan ia dibezakan menerusi bulan sabit dan bintang
bucu empat belas berwarna kuning.
Barangkali ini menjawab persoalan mengapa warga Malaysia semakin
tidak ghairah mengibarkan bendera. Jiwa dan warisan silam negara ini
jelas tidak terzahir menerusi panji yang bernama Jalur Gemilang!"
katanya yang dipetik daripada tulisan blog bertarikh 30 Ogos 2009.
Pada 30 Ogos lalu, negara dikejutkan dengan tindakan biadab beberapa
peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka yang mengibarkan
bendera yang didakwa akan menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang
berkuasa.
Selain dikibarkan di khalayak ramai, beberapa risalah juga diedarkan
semasa sambutan ambang merdeka itu yang mengajak rakyat untuk mengatakan
tidak kepada Jalur Gemilang dan menyokong bendera merah putih itu.
Mohd. Najwan bukan pemimpin pakatan pembangkang pertama yang
mempersoalkan Jalur Gemilang kerana pada September tahun lalu, Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah daripada DAP, M. Manoharan
pernah menegaskan pembangkang akan menukar bendera negara jika
memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.
Selain itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin pernah mengeluarkan kenyataan mempersendakan Jalur Gemilang
dengan menggelarkan sebagai jalur malang.
/hwa: utusan.com.my | 3/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan