
RASAH 9 Sept. - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) Amerika Syarikat, antara penyumbang dana terbesar kepada Suara
Rakyat Malaysia (Suaram), dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulator
mata wang terkenal George Soros.
Mendedahkan demikian, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata,
siasatan masih di peringkat awal untuk memastikan penglibatan individu
itu yang digelar 'penyangak mata wang' ketika krisis ekonomi di Asia
Tenggara pada 1997 dan 1998.
"Siasatan awal mendapati ada bukti berdasarkan dokumen dan perjanjian
kedua-dua pihak dan kita dapati NGO terbabit adalah salah satu daripada
dua NGO berpangkalan di Amerika Syarikat yang menjadi penyumbang dana
terbesar Suaram.
"Mengikut maklumat, NGO itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Soros
berdasarkan dokumen dan e-mel (antara kedua-dua pihak)," katanya selepas
merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rasah di Politeknik
Nilai di sini hari ini.
Katanya, kementeriannya melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
sedang menyiasat lanjut perkara itu dan beliau menggesa Bank Negara
untuk campur tangan.
"Bank Negara perlu menyiasat perkara itu mengikut Akta Pencegahan
Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 bagi
mengambil tindakan terhadap kemasukan wang yang meragukan," kata Ismail
Sabri.
Beliau turut meminta Kementerian Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menentukan status Suaram.
/hwa: utusan.com.my | 10/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan