KUALA LUMPUR 16 Okt. - Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini
membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan
segera terhadap Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram),
Cynthia Gabriel yang ingin membawa masuk dua peguam asing bagi memberi
taklimat kepada ahli Parlimen mengenai isu pembelian kapal selam
Scorpene.
Enam NGO terbabit ialah Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Jaringan
Melayu Muda Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
(Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Lembaga Kesedaran Pencegah
Jenayah serta Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna.
Presiden KWMM, Dzulkarnain Taib berkata, perbuatan membawa orang
asing mencampuri urusan dalaman negara bakal mengancam keselamatan
negara.
Suaram menunjukkan sikap angkuh kerana terus berusaha membawa dua
peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mencampuri urusan
dalaman negara walaupun laporan polis sudah dibuat terhadap tiga
pemimpin pembangkang berhubung perkara yang sama pada 5 Oktober lalu.
Rakyat tidak harus membiarkan pihak luar mencampuri urusan negara
kerana ia akan mengancam keselamatan," katanya selepas membuat laporan
di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.
Menurut Dzulkarnain, Cynthia menyatakan hasratnya itu melalui satu
kenyataan yang disiarkan di Harakah Online yang menyebut bahawa Suaram
tetap akan membawa masuk dua peguam berkenaan ke Malaysia dalam masa
terdekat.
Sementara itu, Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya akan
berusaha menghalang tindakan Suaram tersebut dan pendedahan mengenai
penglibatan pegawai kerajaan menjual maklumat dalam kes itu akan
dilakukan dalam waktu terdekat.
Saya mempunyai bukti terdapat pegawai kerajaan menerima sogokan
Suaram untuk dedah rahsia kerajaan. JMM akan dedahkan dalam tempoh
terdekat," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan