KUALA LUMPUR 5 Okt. - Pemimpin tertinggi sebuah parti pembangkang
didakwa mengarahkan setiap wakil bahagian untuk mengadakan
sekurang-kurangnya dua kali sidang akhbar dalam masa sebulan bagi
memaklumkan bahawa kawasan berkenaan tidak selamat.
Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong ketika
mendedahkan perkara itu berkata, arahan itu dikeluarkan oleh pemimpin
berkenaan dalam satu mesyuarat parti itu kira-kira dua bulan lalu
bertujuan memburuk-burukkan imej polis.
Ini yang saya hendak dedahkan. Saya sangat terkejut apabila ada
ketua bahagian parti tersebut memaklumkan kepada saya bahawa pemimpin
tertinggi parti berkenaan mengarahkan setiap ketua bahagian mengadakan
sidang akhbar dua kali sebulan hanya untuk menceritakan kepada media
bahawa kawasan tersebut tidak selamat.
Ketua-ketua bahagian itu juga diarah untuk memaklumkan bahawa
terdapat kes-kes jenayah berlaku setiap hari dan keselamatan rakyat
terganggu.
Hal ini hanya bertujuan memburuk-burukkan imej polis dan ia akan
dikaitkan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya dalam ceramah
anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tolak Individu Bernama Anwar
Ibrahim (TIBAI) di Taman Dagang di sini malam tadi.
Antara yang hadir termasuklah, beberapa Ahli Majlis Syura TIBAI iaitu
Mursyidul Amnya, Muhammad Zahid Md. Arip dan Presiden Jaringan Melayu
Malaysia, Azwanddin Hamzah.
Lum Yong enggan mendedahkan nama serta partinya, sebaliknya meminta pakatan pembangkang tampil memberi penjelasan.
Menurutnya, beliau akan terus mendedahkan kegiatan pakatan
pembangkang terutama PKR dari semasa ke semasa termasuk dalam ceramah
TIBAI.
Beliau tidak takut jika disaman oleh mana-mana pemimpin pembangkang kerana mempunyai bukti mengenai arahan tersebut.
Ahli Majlis Syura TIBAI, Abdul Ghani Haroun pula kesal kerana Pas
menggunakan artis-artis yang baru menyertai parti itu untuk menarik
pengunjung hadir dalam ceramah mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan