KUALA LUMPUR 20 Nov. - Sebuah laman blog,
http://sel13.com mendedahkan kekayaan luar biasa seorang pemimpin Parti
Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa membeli empat kereta mewah sejak bergelar
wakil rakyat pada 2008.
Dakwa blog tersebut, daripada hanya berkereta
kecil yang dibeli pada 2005, pemimpin tersebut mempunyai sebuah kereta mewah
berharga RM355,000 beberapa bulan selepas menjadi Ahli Parlimen dan PKR
membentuk kerajaan di Selangor sekitar 2008.
Pemimpin pembangkang itu kemudiannya
didakwa membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda pada 2010 sebelum membeli
sebuah lagi tahun lalu.
Tidak cukup dengan itu, blog sama juga
mendakwa pemimpin berkenaan membeli kereta mewah yang didaftarkan pada 24 Mei
lalu.
Blog terbabit mendakwa telah membuat
semakan menerusi penyedia perkhidmatan e-Kerajaan Malaysia, MYEG bahawa
keempat-empat kenderaan milik pemimpin tersebut kecuali sebuah kereta mewah,
memiliki 20 saman tertunggak yang belum dibayar.
Blog itu memberitahu akan mendedahkan
rahsia di sebalik kejayaan pemimpin berkenaan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121121/po_10/Kekayaan-luar-biasa-pemimpin-PKR#ixzz2DU4qUg95
© Utusan Melayu (M) Bhd | 28/11/12
© Utusan Melayu (M) Bhd | 28/11/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan