KUALA LUMPUR 7 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini mengucapkan tahniah kepada Barack Obama kerana dipilih semula
sebagai Presiden Amerika Syarikat.
"Dengan kemenangannya dalam pilihan raya bersejarah ini, Presiden itu
mempunyai peluang yang unik untuk merealisasikan visinya untuk Amerika
Syarikat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari
ini.
Najib berharap Obama akan meneruskan usahanya memupuk persefahaman
dan hormat menghormati antara Amerika dan umat Islam di seluruh dunia.
"Ramai rakyat Malaysia mengikuti dengan penuh minat kempen pilihan
raya Presiden - dan sebagai sebuah negara Islam sederhana, Malaysia
sentiasa bersedia membantu Amerika, kerana ia mahu lebih melibatkan diri
dengan mereka yang beragama Islam," katanya.
Najib juga berkata beliau berasa bangga berjumpa dengan Presiden itu
semasa penggal pertamanya dan kami berikrar untuk membangunkan
perkongsian yang semakin meningkat antara kedua buah negara".
"Hubungan ini semakin kukuh dan saya berharap ia akan berterusan pada
masa depan agar kami dapat mengekalkan keamanan, kestabilan dan
kemakmuran serantau kepada rakyat," katanya. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan