KUALA LUMPUR 7 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini melancarkan inisiatif Pemangkin Usahawan (PUsh) bertujuan
meningkatkan prestasi usahawan bumiputera dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) serta multimedia.
Beliau berkata, inisiatif itu turut melibatkan usaha membangunkan
industri kreatif negara selain meletakkan sasaran mewujudkan tiga
syarikat gergasi ICT bumiputera menjelang 2015.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis
pelancaran inisiatif PUsh di Pusat Komvensyen TM di Menara TM di sini
hari ini. - UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan