KUALA LUMPUR 6 Nov. - Naib Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar diingatkan agar tidak
sewenang-wenangnya menggunakan isu agama dalam tawar menawar politik
demi mendapatkan sokongan masyarakat menjelang pilihan raya umum akan
datang.
Pengarah Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof.
Datuk Dr. Mohd. Yusof Othman berkata, agama bukan 'barang' untuk para
pemimpin memancing undi kerana ia cukup sensitif untuk diperlekehkan.
Menurutnya, beliau risau mengenai situasi politik semasa negara
sekarang yang mana setiap wakil rakyat mengeluarkan ungkapan yang tidak
berhati-hati termasuk membelakangkan agama demi mendapat sokongan
masyarakat.
''Isu agama ini sangat sensitif. Ini yang kadang-kadang merisaukan saya bila wakil-wakil rakyat mengeluarkan kata-kata tanpa mengira sensitiviti agama, kaum dan bangsa demi meraih sokongan masyarakat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas isu sama, penganalisis politik, Dr. Wan Mohd. Adam Wan Norudin berkata, kenyataan seumpama itu disifatkan sangat berbahaya kerana membawa kepada pemikiran liberal dan pluralisme.
Ketua Eksekutif Institut Kajian Islam dan Strategi (ISSI), Dr. Amran Muhammad pula berkata, Nurul Izzah tidak sensitif dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di Malaysia.
Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, reaksi Majlis Fatwa Kebangsaan penting bagi mengelak timbul kekeliruan sehingga merosakkan akidah dalam kalangan umat Islam di negara ini ekoran kenyataan kontroversi Nurul Izzah.
Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah ketika menjawab soalan peserta forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti bukan Melayu di Subang Jaya, Selangor Sabtu lalu.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama dengan berkata: "Saya, sudah tentu, terikat kepada pandangan semasa."
Tambah Mohd. Yusof, seseorang individu yang dilahirkan sebagai Islam dan beragama Islam tidak mempunyai pilihan untuk melakukan sesuatu perkara yang di luar daripada agama.
Katanya, seseorang yang beragama Islam dan berbangsa Melayu itu perlu patuh kepada Al-Quran dan As-sunnah serta mentaati ajaran Islam .
''Makna Islam itu sendiri adalah kepatuhan. Bila dan peluk Islam kita tiada pilihan membuat sesuatu perkara yang di luar Islam," katanya.
''Dalam Perlembagaan telah termaktub bahawa seseorang yang lahir sebagai Islam tidak boleh sewenang-wenangnya menukar agama.
''Pluralisme adalah satu penyakit dan umat Islam perlu menyekat fahaman tersebut," ujarnya.
Beliau yang juga bekas Timbalan Pengerusi ABIM Selangor berpendapat, kenyataan itu juga dilihat semata-mata mahu mengambil hati orang bukan Islam dengan meletakkan agama di belakang.
Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung ABIM berkata, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sepatutnya lebih memikirkan perasaan orang Islam daripada mengambil hati golongan liberal dan orang bukan Islam demi karier politik beliau.
''Beliau (Nurul Izzah) sebagai pemimpin sepatutnya sensitif dalam membuat kenyataan yang menyentuh kedudukan dan masyarakat Islam.
''Saya melihat kenyataan itu lebih kepada usaha untuk menarik undi golongan liberal dan orang bukan Islam," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan