KUALA NERANG 5 Dis. - Sekumpulan anak muda adalah antara 16 anggota
Pas Kampung Genting Palas dan Bendang Hilir di sini, yang bertindak
keluar parti dan menyertai UMNO selePas kecewa dengan hala tuju Pas
sekarang.
Mohd Shukri Che Dam, 23, berkata beliau menyertai Pas tiga tahun
lePas, namun kecewa selePas mendapati perjuangan parti itu dipengaruhi
pemimpin tertentu, bukan kehendak majoriti.
"Mereka (pemimpin pertengahan) takut sangat hendak kritik pemimpin
atasan khususnya dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang disanggah DAP.
"Kami golongan muda sangat kecewa dengan perkembangan ini dan sebab
itu memilih UMNO yang lebih konsisten memperjuangkan Islam untuk
meneruskan agenda memartabatkan agama dan bangsa Melayu," katanya yang
ditemui ketika menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO
Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di sini malam tadi.
Bagi Zakiah Arshad, 32, beliau kecewa kerana pemimpin Pas di
kawasannya tidak mengendahkan kebajikan anggota, terutama yang
memerlukan bantuan.
Beliau yang menyertai UMNO bersama ibunya, Zainab Ahmad, 58, berkata
tidak ada seorang pun pemimpin Pas menziarahi bapanya Arshad Husin, 78,
yang sedang sakit.
Zakiah juga berkata lima lagi adik beradiknya akan menyusul keluar parti itu dan menyertai UMNO.
Sementara itu, Mahdzir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri
kawasan Pedu, berkata walaupun bilangan anggota Pas yang menyertai UMNO
tidak ramai, beliau yakin perkembangan itu mengukuhkan lagi UMNO dan
Barisan Nasional khususnya di Padang Terap.
"Saya dapat tahu ramai lagi bakal keluar Pas untuk menyertai kita.
Saya mengalu-alukan mereka kerana UMNO tidak sekali-kali menutup pintu
atau menghalang sesiapa sahaja yang mahu berjuang bersama-sama kita,"
katanya.
Mahdzir berkata penyertaan ramai orang muda ke dalam UMNO
menyerlahkan kesedaran generasi hari ini bahawa mereka memahami
perjuangan parti itu.
Beliau turut berterima kasih kepada anggota Pas yang menyokong perjuangan UMNO. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan