SEBAIK sahaja dilanda tsunami dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008,
banyak pihak meramalkan UMNO akan lemah dan tenggelam dalam tempoh
setahun dua selepas itu.
Tidak kurang yang menjangkakan berduyun-duyun ahli UMNO akan meninggalkan parti dengan menyertai parti pembangkang.
Bahkan ada segelintir pemimpin dan ketua bahagian UMNO sendiri
seperti hilang punca dan tidak keruan. Mereka geleng kepala tanda tidak
yakin UMNO akan bangkit biarpun beralih teraju.
Dengan kata lain, UMNO yang menerajui kerajaan perkongsian kuasa
Barisan Nasional (BN) sejak merdeka dikhuatiri menyembah bumi sebelum
pun PRU13.
Ternyata ramalan dan jangkaan seumpama itu meleset. UMNO dan Barisan
Nasional (BN) sebaliknya telah menampakkan kebangkitan pada ketika imej
parti pembangkang terutama PKR dan PAS merudum teruk.
Awang bersyukur. Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO
telah membuktikan beliau mampu membawa kebangkitan di sebalik banyak
dugaan yang dihadapi.
Jatuh bangun sesebuah tamadun, negara mahupun organisasi politik banyak bergantung kepada faktor kepimpinan.
Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir semalam menyaksikan satu lagi
pencapaian dalam melonjakkan UMNO. Parti itu telah mencapai tahap moral
yang terbaik sejak PRU 2008. Awang ucapkan tahniah kepada Najib,
timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kepimpinan UMNO atas
kemantapan parti itu hari demi hari.
Perhimpunan kali ini juga ada aura tersendiri termasuk daripada
orang muda. Yang paling mencuri perhatian wakil Kelab UMNO Luar Negara,
Ariff Yasir. Bukan sahaja kerana rayuan perpaduan dan lagu Warisan
nyanyiannya yang merentap perasaan perwakilan tetapi juga suara beliau
adalah simbol harapan kepada masa depan UMNO.
Adalah boleh dirumuskan, permuafakatan dan keyakinan tinggi terserlah
sepanjang perhimpunan itu. Ia merupakan mesej jelas bahawa UMNO dan
BN akan melakukan impak pada PRU13 nanti.
Awang optimis. Biarpun UMNO akan berdepan dengan permasalahan
dalaman seperti mereka yang merajuk dan sabotaj parti kerana tidak
dipilih sebagai calon PRU13, ia mampu ditangani.
Hal tersebut telah diberi penekanan oleh Najib sejak awal lagi dan
usaha menanganinya dijangka dapat mengurangkan mudarat kepada BN.
Cabaran lebih besar ialah mendapatkan undi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan