MUKTAMAR Agung Pas baru-baru ini dikejutkan dengan doa parti itu memohon agar Allah SWT menghancurkan UMNO.
Tindakan yang dilihat ekstrem itu meresahkan umat Islam dan
menyerlahkan lagi betapa Pas telah terkeluar daripada landasan Islam
sebenar.
Tanyalah ulama di seluruh dunia, pasti jawapannya sama. Mendoakan
kemusnahan ke atas pihak dan orang Islam yang berbeza ideologi politik
adalah tidak Islamik.
Awang bersyukur, UMNO tidak mengikut rentak dan perbuatan Pas. Tiada
satu pun doa ala Pas sepanjang Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir
semalam.
Daripada doa Najib ketika penggulungan, doa timbalannya, Muhyiddin
Yassin ketika perasmian Persidangan Wanita, Pemuda serta doa beberapa
pembahas - adalah untuk kesejahteraan semua termasuk Pas.
Berkaitan isu doa juga, Awang teruja dengan perbahasan ulama muda dan
wakil UMNO Perlis, Fathul Bari yang mengupas daripada perspektif Islam
tentang doa Pas.
Beliau turut menayangkan video rakaman doa tersebut selain kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz yang mendakwa UMNO murtad.
Hujah-hujah menyanggah doa Pas itu disampaikan dengan bernas dan
berhemah. Menampakkan UMNO sebagai parti orang Islam jauh lebih
memahami Islam sebenar berbanding Pas.
Sudah tentu juga doa UMNO lebih terbimbing dan tertib. Tidaklah
sampai terkeluar istilah K.O, K.O, K.O ...sebagaimana doa Pas, macam
aksi ketika menonton tinju Siam.
Begitu juga dalam isu Pas memurtadkan UMNO, satu lagi perbuatan yang tidak islamik.
Lalu Awang tertarik dengan komen Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi
tulisannya dalam Utusan Malaysia, Khamis lalu. UMNO tidak akan hukum
Pas kerana banyak salah guna Islam. Allah SWT yang akan hukum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan