
KOTA BHARU 11 Jan. - SEBAHAGIAN 200
penyokong tegar Pas di Kampung Pauh Dua, dalam Parlimen Kubang Kerian di
sini, bertindak keluar parti dan menyertai PPP kerana kecewa dengan Pas
yang didakwa semakin tidak Islamik kebelakangan ini. Mereka menyerahkan
borang keahlian PPP kepada Naib Presiden parti itu, Datuk Nik Sapeia
Nik Yusoff (kiri) di sini hari ini. UTUSAN/IRWAN MAJID
Kumpulan terbabit yang diketuai, Shafiei Peli, 46, menyerahkan borang permohonan menyertai PPP kepada Naib Presiden parti itu, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff dalam satu majlis di sini hari ini.
Ketika ditemui, Shafiei yang dikatakan aktif bersama Pas cawangan Kampung Pauh Dua sejak 10 tahun lalu mendakwa, dia sudah tidak tahan dengan tindak-tanduk Pas yang kini semakin tidak Islamik.
"Selama ini kami ingat Pas boleh menegakkan Islam dan membantu bangsa Melayu, rupa-rupanya kami silap kerana parti yang kami sokong selama ini tidak mampu membantu kepada perubahan rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan