
SEBAHAGIAN daripada ahli Pas dan NGO
berarak sambil membawa kain rentang dari Masjid Simpang Enam ke Komtar
bagi membantah Lim Guan Eng berhubung isu kalimah Allah di Georgetown,
Pulau Pinang, semalam.
*****
Selain Pas Tanjung, NGO yang terlibat adalah Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Malaysia (Al-Ehsan), Suara Anak-anak Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Antara isi kandungan surat itu berbunyi: "Saya, Lim Guan Eng dengan rasa sedar dan insaf dengan ini menarik semula kenyataan saya yang tertera di laman blog saya pada 24 Disember 2012 khususnya mengenai desakan saya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam terjemahan kitab Injil (Bible)."
Surat itu disampaikan oleh Presiden Warisan Anak Merdeka, Abdul Ghani Harun kepada wakil Pejabat Ketua Menteri, Watawa Nataf Zulkifli.
Abdul Ghani berkata, surat itu bertujuan supaya Guan Eng tidak mengulangi perbuatan yang boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini.
"Kita beri tempoh dua minggu kepada Guan Eng untuk menandatangani surat ini.
"Guan Eng tidak perlu minta maaf kepada rakyat, cuma tandatangan surat itu sudah cukup," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat tersebut di sini hari ini.
Mereka yang terdiri daripada kira-kira 200 orang sebelum itu berarak sejauh hampir satu kilometer dari Masjid Simpang Enam menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.
Mereka turut membawa kain rentang yang antaranya tertulis 'Sanggup mati demi Allah' sambil melaungkan takbir.
Sebaik tiba di Komtar, suasana menjadi agak kecoh selepas mereka cuba memasuki pejabat kerajaan negeri.
Walau bagaimanapun, suasana dapat dikawal dan mereka disuraikan oleh pasukan polis dari Unit Tindakan Ringan (LSF) kira-kira pukul 3 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan