8 Mei 2013

Guan Eng dicabar lantik wakil PAS jadi EXCO

Georgetown: Pemuda UMNO Pulau Pinang mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng melantik wakil PAS yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memegang jawatan EXCO Agama negeri.

Ketua Pemudanya, Dr Shaik Hussein Mydin, berkata Guan Eng tidak mempunyai pilihan melainkan memberi jawatan EXCO Agama kepada Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Salleh Man yang memenangi kerusi DUN Permatang Pasir.
Katanya, DAP perlu membuktikan mereka bukan sebuah parti perkauman dan mempunyai rancangan meletakkan calon PAS memegang jawatan terbabit.
"Biarpun berbeza fahaman politik tetapi jawatan EXCO Agama tidak boleh diberi kepada sebarangan orang kerana selama ini, ia mencatatkan rekod buruk dari aspek agama dan perpaduan, maka calon dari PAS yang layak memegangnya," Dr Shaik Hussein Mydin, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang
“Saya melihat Salleh mempunyai ilmu agama yang tinggi berbanding beberapa calon PKR beragama Islam yang menang pada PRU-13 dan jawatan terbabit perlulah diberi kepada ahlinya.

“Biarpun berbeza fahaman politik tetapi jawatan EXCO Agama tidak boleh diberi kepada sebarangan orang kerana selama ini, ia mencatatkan rekod buruk dari aspek agama dan perpaduan, maka calon dari PAS yang layak memegangnya," katanya yang dihubungi BH, di sini, semalam.

Pada PRU-13, Mohd Salleh menjadi wakil tunggal PAS memenangi DUN Permatang Pasir apabila mendapat 13,479 undi menumpaskan calon Barisan Nasional (BN), Anuar Faisal Yahaya dengan majoriti 6,826 undi.

Sementara itu, Mohd Salleh yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), berkata Guan Eng harus mempertimbangkan peranan PAS bagi menjadi sebahagian peneraju utama dalam kalangan rakyat dan sosial Pulau Pinang bagi lima tahun akan datang. 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GuanEngdicabarlantikwakilPASjadiEXCO/Article/index_html | 8Mei13
 

Tiada ulasan: