
NAJIB Tun Razak bersama pemimpin dan
ahli-ahli UMNO mengaminkan doa selepas menunaikan solat Maghrib
berjemaah pada majlis bacaan surah Yasin dan tahlil sempena sambutan
ulang tahun UMNO ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala
Lumpur, malam tadi. - BERNAMA
*****
Najib yang juga Perdana Menteri berkata, beliau yakin kemenangan itu menunjukkan sokongan terhadap UMNO semakin meningkat.
Katanya, peningkatan sokongan itu juga memperlihatkan bahawa rakyat di seluruh negara menghargai setiap jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh UMNO selama ini.
"Ini bererti kedudukan UMNO sebagai sebuah parti politik semakin kukuh. Insya-Allah bersama-sama kita akan berusaha memastikan UMNO terus meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Melayu dan setiap rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan," katanya di dalam laman sosial Facebooknya hari ini.
Najib berkata, sempena ulang tahun UMNO ke-67 pada tahun ini, beliau percaya parti itu mampu membawa pelbagai kejayaan yang lebih baik untuk Malaysia.
Katanya, kejayaan itu pula didorong dengan sokongan berterusan oleh semua rakyat.
"Semoga UMNO terus memperjuangkan agama, bangsa dan negara di tahun-tahun akan datang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan