1 Mei 2013

PRU-13: 'Saya pilih Tengku Adnan' - Tun Daim

DAIM Zainuddin menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 2,000 hadirin pada majlis Ramah Mesra Barisan Nasional Putrajaya malam tadi. - UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN
*****
PUTRAJAYA 30 April - Penduduk Putrajaya perlu terus memilih Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai ahli parlimen kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin percaya Tengku Adnan yang dipilih sebagai Ahli Parlimen Putrajaya pada PRU-12 mampu untuk menyelesaikan masalah penduduk Putrajaya.
"Tidak ada sebab untuk memilih calon lain. Tengku Adnan boleh menyelesaikan masalah penduduk Putrajaya kerana dia Setiausaha Agung UMNO, sementara Perdana Menteri adalah Presiden UMNO. Maka mudah untuk Tengku Adnan menyelesaikan masalah.
"Saya kenal calon Pas, Datuk Husam Musa, namun antara Husam dan Tengku Adnan, saya pilih Tengku Adnan," kata beliau dalam majlis Ceramah Perdana dan Ramah Mesra dengan penduduk Presint 8, malam tadi.
Daim menegaskan tidak ada kerajaan yang seratus peratus sempurana ini termasuk kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).
"Walaupun ada kesilapan akhirnya kerajaan pimpinan BN yang membawa keamanan, kemakmuran, kestabilan. Tanpa kestabilan tak ada orang datang melabur," kata beliau. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: