PULAU PINANG
26 Jun - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) yang mempunyai hubungan rapat
dengan DAP membidas tindakan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang seolah-olah
memperlekehkan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah
sebagai 'skrip' yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Presidennya,
Rahmad Isahak berkata, kenyataan tersebut amat keterlaluan kerana Guan Eng yang
juga Setiausaha Agung DAP seperti menidakkan Perlembagaan Persekutuan apabila
terus mempertahankan undi popular yang diperoleh pembangkang dalam Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Menurutnya,
kenyataan Guan Eng yang masih menyifatkan BN sebagai kerajaan minoriti
menunjukkannya tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf
pembentukan sesebuah kerajaan berdasarkan jumlah kerusi dimenangi dalam pilihan
raya umum.
"Guan
Eng sepatutnya cermin diri sendiri dahulu sebelum keluarkan kenyataan
sedemikian.
"Kenyataannya
amat keterlaluan. Ini bukan drama atau sandiwara yang perlu dibuat skrip,"
katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam,
Guan Eng mendakwa titah Seri Paduka dalam majlis pembukaan Mesyuarat Pertama
Penggal Pertama Parlimen Ke-13 telah disediakan oleh BN.
Ketua
Menteri Pulau Pinang itu sebelum ini mendakwa PRU-13 adalah 'yang paling kotor'
dalam sejarah negara dan pembangkang sepatutnya layak membentuk kerajaan baharu
berdasarkan undi popular.
Rahmad
memberitahu, Yang di-Pertuan Agong merupakan payung negara yang membela semua
kaum dan etnik dan tidak seharusnya titah Seri Paduka dipersenda.
"Jika
demikian sikap Guan Eng, saya tidak hairan sekiranya pembangkang berjaya memerintah
negara, sistem institusi raja-raja Melayu akan terhakis," katanya.
Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130627/po_03/NGO-pro-DAP-bidas-KM-P-Pinang#ixzz2XQPyc8Is
© Utusan
Melayu (M) Bhd | hwa 28JUN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan