BESUT 25 Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
secara keseluruhannya berpuas hati dengan proses Pilihan Raya Kecil
(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang berlangsung dengan
penuh lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, banyak faktor
yang menyumbang ke arah kejayaan pelaksanaan PRK berkenaan yang sebelum
ini menjadi perhatian ramai pihak.
"Boleh saya sifatkan proses pembuangan undi sejak pagi lagi berjalan
dengan begitu sempurna. Kertas undi yang rosak juga begitu sedikit kali
ini.
"Kami (SPR) juga tidak menerima komplen daripada mana-mana pihak
berhubung masalah sepanjang hari pengundian termasuk isu dakwat kekal,
kertas undi rosak dan sebagainya," katanya di sini hari ini.
Jelas Abdul Aziz, secara umumnya, PRK DUN Kuala Besut boleh dijadikan
contoh atau penanda aras yang terbaik dalam menghadapi pilihan raya
yang berikutnya.
"Ada banyak faktor tertentu yang boleh dijadikan contoh seperti
penggunaan dakwat kekal, kerosakan kertas undi yang kecil serta
penggunaan kerusi roda untuk para pengundi yang kurang upaya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan