PUTRAJAYA 27 Julai - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor berkata proses pemilihan baharu UMNO akan mengguna pakai
kaedah seperti pilihan raya bagi memilih pucuk pimpinan parti.
"Kita akan buat seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kita ada
jawatankuasa pemilih untuk pusat, jawatankuasa pemilih untuk negeri.
Negeri akan jaga untuk bahagian-bahagian. Pusat akan jaga untuk jawatan
pusat.
"Semua kertas undi akan disediakan oleh ibu pejabat dan diagihkan.
Mereka akan pangkah seperti pilihan raya. Tetapi SPR tidak hadir,"
katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Rakan Muda Ramadan
Khatam al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Mei lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kaedah
pelaksanaan pemilihan masih diperincikan sama ada secara angkat tangan,
biometrik, dakwat kekal atau kaedah lain.
Pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam Najib mengumumkan
pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan diadakan serentak
dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktober ini. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan