KOTA BHARU 24 April - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
sekali lagi bakal melakukan pembohongan besar apabila mendakwa ada wakil
rakyat Barisan Nasional (BN) di Sabah akan menyertai beliau.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Anwar
bakal mengulangi pembohongan besar yang beliau lakukan pada 16 September
2008 kononnya pembangkang akan membentuk kerajaan berikutan
penghijrahan ramai wakil rakyat BN, walhal perkara tersebut tidak
berlaku sehingga sekarang.
Muhyiddin berkata, kenyataan Anwar tersebut tidak lebih untuk
menunjukkan bahawa beliau mendapat sokongan besar sehingga sanggup
melakukan pembohongan demi pembohongan.
"Apakah rakyat masih nak terpedaya dengan kenyataan Anwar Ibrahim
tentang hal itu? Dia fikir kalau ada orang kita nak duduk dekat sebelah
dia bercakap, nak masuk ikut dialah.
"Pemimpin-pemimpin utama BN tahu lebih-lebih lagi dalam keadaan
sekarang, baik di Sabah, Kelantan, Sarawak sokongan meningkat dan jelas
terbukti memang rakyat mahukan pimpinan BN," katanya kepada pemberita di
sini, hari ini. - UTUSAN.
/HWA: utusan.com.my | 24/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan