KUALA LUMPUR 30 April - Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang memandang remeh terhadap kebimbangan Ahli Majlis Syura, Nasharudin
Mat Isa berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)
menggambarkan beliau telah mempersendakan agama Islam.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim
Ali berkata, selain itu, sikap Hadi yang turut menganggap pandangan
Nasharudin itu sebagai suara kecil amat bertentangan dengan ajaran Nabi
Muhammad SAW.
''Contohnya, ketika zaman Rasulullah, beliau berjaya menyebarkan
ajaran Islam meskipun sewaktu itu suara baginda dianggap sebagai suara
terpencil.
''Justeru, adalah tidak keterlaluan jika saya berpendapat bahawa jika
Abdul Hadi hidup di zaman Rasulullah, sudah tentu Presiden Pas itu
menolak ajaran Islam kerana ketika itu suara Rasulullah adalah suara
kecil,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Abdul Hadi yang menempelak Nasharudin dengan
menyifatkan kebimbangan bekas timbalannya itu dalam isu LGBT tidak
harus dilayan.
Ibrahim seterusnya berkata, amat jelas kenyataan Abdul Hadi terhadap Nasharudin itu semata-mata untuk kepentingan politik.
/HWA: utusan.com.my | 1/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan