8 Mei 2012

DAP Parti Suka Cetuskan Kekacauan Untuk Populariti


adab-pakaian-dun-perak


KUALA LUMPUR, 23 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP  yang cuba mencipta isu dan memperbesar-besarkan hal remeh termasuk sengaja melanggar etika pakaian dalam Dewan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Katanya, apa yang cuba dilakukan oleh anggota DAP terbabit ialah bukti sebenar bahawa mereka cuba mencari populariti murahan sebagai cara bagi memastikan mereka mendapat liputan dari media dan orang ramai.
“Ini adalah sesuatu yang sangat memalukan apatah lagi ia adalah tindakan biadap, angkuh dan bertentangan dengan tingkah laku sebagai anggota DUN ,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata demikian dalam mengulas berkaitan 12 Adun DAP yang tetap enggan mengenakan songkok yang menjadi etika pakaian rasmi DUN Sarawak.
“Sebenarnya ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana ini bukanlah insiden yang pertama kali dilakukan oleh Adun DAP malahan pada April lalu Adun Pantai Remis, Perak iaitu Nga Ko Ming juga hadir dalam DUN dengan berpakaian biasa sedangkan turut hadir dalam upacara perasmiannya ialah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
“Inilah sikap sebenar anggota DAP yang bukan sahaja tidak tahu mematuhi peraturan yang telah digariskan malahan bersikap ego, angkuh dan tidak tahu menghormati institusi pentadbiran dan DUN yang menegakkan demokrasi,” katanya.
Katanya lagi, rakyat sewajarnya tahu membuat penilaian bagaimana ceteknya pemikiran anggota DAP apabila bukan hanya gagal melengkapkan diri sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab malah mereka juga telah mempermainkan kepercayaan rakyat yang memberi mandat kepada mereka.
“Nilai sendirilah bagaimana perlakuan para pemimpin DAP apabila mendapat kuasa sedangkan mereka meminggirkan amanah yang diberikan oleh rakyat dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sewajarnya berlaku. Bukanlah ini hanya membuang masa?” soalnya.
Dalam hal ini, Tengku Adnan turut meminta masyarakat untuk menilai kembali pelbagai insiden yang telah dilakukan oleh anggota dan pemimpin DAP selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
Mengimbas kembali pada Konvensyen Dap 2009 lalu, mereka telah meletakkan wajah bekas anggota DAP,  Hee Yit Fong (Jelapang), dan bekas anggota PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) di pintu masuk bertujuan agar perwakilan yang menghadiri konvensyen itu memijak gambar mereka kerana tindakan keluar dari parti dan menyokong BN sedangkan ia adalah budaya yang dianggap biadap dan kurang ajar.
Lebih dari itu, para pemimpin DAP telah bertindak berani dengan mempertikaikan keputusan Baginda Sultan Perak berkaitan isu pelantikan Menteri Besar Perak dalam krisis negeri itu pada 2009 sehinggakan Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan akan mengambil tindakan mahkamah dan menyaman Sultan Perak kerana menganggap Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.
Dalam hal ini mereka telah mencetuskan huru-hara selain mencemar institusi diraja dengan menyemai rasa benci merupakan dan ibarat ‘menyalakan api dalam sekam.’
Selain itu, Kenyataan Adun DAP  merangkap Ketua Pembangkang DUN Johor, Dr. Boo Cheng Hau yang menyamakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan dasar Aparteid adalah sesuatu yang keterlaluan dan mempersendakan bangsa Melayu sendiri. - MediaUMNO
/HWA: umno-online.com | 8/5/12

Tiada ulasan: