2 Mei 2012

Jihad menentang budaya songsang

GERAKAN Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) adalah satu ‘perjuangan seks songsang’ sekumpulan manusia dan bukan isu politik seperti digembar-gemburkan sesetengah pihak sehinggakan ramai yang keliru dan terjebak, baik secara sedar atau tidak sedar dalam gerakan yang akhirnya bakal membawa kemudaratan besar.
Hakikatnya gerakan LGBT adalah agenda menentang Tuhan, yang wajib ditentang oleh umat Islam seluruh dunia termasuk menggunakan kekuatan kerana ia amat bertentangan dengan hukum Allah dan fitrah manusia seperti difatwakan oleh ulama tersohor dari Mesir, Yusof al-Qardhawi.
Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mahamad Naser Disa dalam pertemuan dengan wartawan Utusan Malaysia, MOHAMAD FIKRI ROSLY di Johor Bahru, pagi Jumaat lalu,
mengupas secara jelas kenapa umat Islam tidak boleh sama sekali bersekongkol dengan LGBT atau mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengannya.
Beliau yang juga Peguam Kanan Persekutuan banyak mengendalikan kes peringkat Mahkamah Persekutuan melibatkan Islam, syariah dan hak asasi manusia seperti Azlina Jailani @ Lina Joy, pengikut Ayah Pin iaitu Sulaiman Takrit, perebutan jenazah pendaki Everest M. Moorthy dan pelbagai kes lain di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan selain lebih 100 kertas kerja berkaitan sejak 2007.
/HWA: utusan.com.my | 30/4/12

Tiada ulasan: