15 Ogos 2012

Kroni Pas berselindung di sebalik koperasi, syarikat

KUALA TERENGGANU 13 Ogos - Tanah bernilai tinggi terutama di beberapa kawasan di bandar raya ini didakwa diagihkan kepada syarikat kroni pemimpin Pas ketika parti itu memerintah negeri ini dari 1999 hingga 2004.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, mereka berselindung di sebalik syarikat dan koperasi dalam mengagih-agihkan tanah yang menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian besar.
"Banyak kawasan tanah di bandar Kuala Terengganu yang mempunyai nilai komersial tinggi dan boleh dibangunkan dengan pelbagai projek, kita simpan bagi kegunaan masa depan.
"Bagaimanapun, tanah-tanah tersebut telah diagih-agihkan kepada kroni-kroni pemimpin Pas yang berselindung di sebalik nama syarikat dan koperasi sewaktu mereka memerintah," katanya pada sidang akhbar selepas sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.
Isu tanah itu menjadi topik hangat pada persidangan DUN kali ini apabila pembangkang cuba memutarbelitkan isu berkenaan seolah- -olah menampakkan kesalahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Menurut Ahmad, keadaan itu jauh berbeza ketika zaman pemerintahan BN yang sangat telus dalam soal pembahagian tanah kepada rakyat.
"Kerajaan BN membahagikan lot-lot tapak rumah dan pertanian kepada penduduk yang layak. Ada juga beberapa wakil rakyat dan Exco yang diberi tanah semasa pemerintahan BN kerana mereka layak mendapat tanah," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 14/8/12 

Tiada ulasan: