KOTA BHARU 13 Sept. - Pas Kelantan tidak akan menutup pintu kepada
calon dari luar untuk bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri (DUN) meskipun mengakui peluang calon tempatan menang
adalah lebih cerah berbanding dahulu.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik
Abdullah berkata, walaupun pihak Pas Pusat boleh memberikan cadangan,
sebarang keputusan meletakkan calon adalah mengikut keperluan dan
kesesuaian negeri dan ia bukanlah polisi tetap.
"Kita ikut keperluan, dulu memanglah masa tu peluang untuk pemimpin
Pas kita menang di Parlimen agak terhad, sebab itu Pas Kelantan beri
peluang (calon luar), bukan sahaja Kelantan tapi juga negeri lain
seperti Terengganu dan sebagainya, tetapi hari ini suasana sudah
berubah.
"Pengaruh Pas sudah berkembang luas ke seluruh negara, jadi pada
pandangan kita peluang untuk pimpinan kita (negeri) diangkat ke
Parlimen lebih terbuka.
"(Namun) keputusan ini antara Pas Pusat dan negeri, biasanya
cadangan datang daripada Pas Pusat dan akan disampaikan kepada Pas
negeri dan daripada perbincangan itu baharulah keputusan dibuat sesuai
atau tidak," katanya di sini hari ini. - UTUSAN.
/hwa: utusan.com.my | 13/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan