KUALA LUMPUR 25 Julai - Para pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini menerima ucapan ribuan terima
kasih daripada Datuk Seri Najib Tun Razak atas kemenangan Barisan
Nasional (BN).
Dalam status terkini Perdana Menteri di Facebook dan Twitternya,
beliau turut berterima kasih kepada jentera parti BN dan semua pihak
yang telah menyumbang untuk mempertahankan kerusi itu.
"Syabas atas kemenangan parti kita, Barisan Nasional dan Ku Zaihan (Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman) di Kuala Besut.
"Di kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pengundi-pengundi kerana sekali lagi telah meletakkan kepercayaan di
bahu Barisan Nasional untuk terus meneraju Kuala Besut," katanya.
Dalam Twitternya pula, beliau turut mengucapkan selamat bertugas untuk rakyat kepada Tengku Zaihan.
Tengku Zaihan yang meraih 8,288 undi, mengalahkan Endot@Azlan Yusof dari Pas dengan 2,592 undi majoriti. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan